Radicare (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah melaksanakan inisiatif ‘Rewilding the Endangered’ iaitu salah satu inisiatif di dalam usaha memelihara dan memulihara hidupan liar negara pada 23 November 2023.


Inisiatif kerjasama ini merangkumi sumbangan kewangan yang disalurkan melalui Kempen Selamatkan Harimau Malaya di bawah tanggungjawab Jabatan PERHILITAN. Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Hajah Halwah Abdul Manaf Ketua Pegawai Eksekutif, Radicare (M) Sdn Bhd dan YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN bertempat di Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC), Lanchang, Pahang.

Hajah Halwah berkata,
Radicare amat berbesar hati dapat menyumbang dan memainkan peranan bersama PERHILITAN dalam membangkitkan kesedaran terhadap pemuliharaan Harimau Malaya yang semakin diancam kepupusan di Malaysia.  Ini kerana harimau merupakan simbol ikonik hidupan liar dan juga melambangkan sumber inspirasi ketangkasan, keberanian dan kekuatan rakyat negara ini. Sumbangan ini dilaksanakan di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR). 

Pelaksanaan
strategi korporat bagi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social and Governance, ESG) yang bertepatan dengan saranan Kerajaan Malaysia, menjadikan inisiatif ini selari dengan pendirian Radicare di dalam mendokong dan menggalakkan amalan ESG.

Delegasi Radicare juga berkesempatan melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah pada hari yang sama.

 

Penyerahan replika Tajaan yang diserahkan oleh Pn. Hajah Halwah Abd. Manaf kepada YBhg. Dato' Abdul Kadir Abu Hashim diiringi oleh En. Hidaya Yahaya,Ketua Pegawai Operasi (Kanan) dan En. Saat Yaakob, Ketua Pusat MTCC (kiri) YBhg. Dato' Abdul Kadir Abu Hashim memberikan buku 'The Story of Malayan Tiger' kepada Pn. Hajah Halwah Abd. Manaf disaksikan oleh En. Hidaya Yahaya, Ketua Pegawai Operasi (Kanan) dan En. Saat Yaakob, Ketua Pusat MTCC (kiri)
  

En. Saat Yaakob memberi taklimat sebelum memasuki ke Blok Isolasi di MTCC

Pn Hajah Halwah Abd. Manaf menandatangan buku pelawat di MTCC disaksikan oleh YBhg. Dato Abdul Kadir Abu Hashim dan En Saat Yaakob

Bergambar bersama Pengurusan Radicare, Jabatan PERHILITAN dan MTCC di hadapan Blok Isolasi, MTCC
 
Bergambar bersama Pengurusan Radicare bersama Jabatan PERHILITAN di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah