Pada 23hb Februari 2023, anak syarikat Radicare (M) Sdn Bhd iaitu Radibems Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Besar Radibems, En. Norhefny Ahmad telah menghadiri Majlis Pertukaran Dokumen Usaha Sama di antara Institusi TVET@KKDW bersama rakan-rakan industri lain yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviaofon Technology (UNIKL MIAT).

 

Radibems telah terpilih sebagai salah sebuah syarikat daripada 17 buah syarikat yang lain. Jalinan usaha sama ini adalah bagi mempertingkatkan keberkesanan Program Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional di bawah TVET@KKDW yang terdiri daripada GIATMARA, Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Universiti Kuala Lumpur (UNIKL).



Majlis Pertukaran Dokumen antara Radibems Sdn Bhd dan Institusi TVET@KKDW  yang disaksikan
oleh YAB Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi

           

En. Hanafi (Pengurus Operasi Radibems). Ts. Dr. Zulkifli bin Mahmoodin (UniKL), En. Norhefny Ahmad
(Pengurus Besar Radibems) dan Tc. Mohd Azrin Roselan