Pada 17-18 Disember 2021, beberapa kawasan di Lembah Klang dan juga di negeri Pahang telah mengalami bencana banjir. Radicare (M) Sdn Bhd tidak ketinggalan dalam membantu mangsa-mangsa banjir di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Radicare telah memberi bantuan makanan (makan pagi, makan tengahari dan makan malam) dan keperluan asas untuk mangsa-mangsa banjir selama 3 hari berturut-turut di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah dipilih antaranya Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh Jaya, Kampung Chegar Medang, Bentong dan CIAST (Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan) di Shah Alam.

Puan Maheran binti Amen, Pengurus Fasiliti Cawangan Bentong telah mewakili Radicare untuk menyerahkan sumbangan 350 bungkus makanan ke PPS Sek. Keb. Temerloh Jaya dan PPS Sek. Men. Keb. Temerloh Jaya. Beliau turut mengagihkan makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkandas di Taman Temerloh Jaya dan Taman Sri Semantan, Temerloh Pahang.


Selain itu, En. Ahmad Syahmi (Ketua Jabatan BEMS) bersama beberapa kakitangan dari Radicare Cawangan Bentong membantu memberikan sumbangan makanan kepada 300 penduduk Kampung Chegar Medang, Bentong, Pahang yang telah pulang ke rumah masing-masing untuk mencuci rumah.


Di Selangor pula, GPRC telah menyerahkan makanan kepada 100 mangsa banjir di PPS CIAST yang terdiri daripada penduduk-penduduk berdekatan di kawasan Taman Sri Muda Shah Alam melalui Puan Nor Sunatis, Ketua Pentadbiran & Sumber Manusia CIAST.

Antara gambar semasa penyerahan makanan di Temerloh, Bentong, dan Shah Alam, Selangor.