Pada 7hb November 2017, seminar 3R bagi kakitangan BPK, KKM telah dianjurkan oleh Radicare di Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, seminar ini telah dirasmikan oleh Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM iaitu Tuan Haji Md Jalal Bin Bongkik. Encik Hidaya Yahaya selaku Ketua Pegawai Operasi, Radicare (M) Sdn Bhd dengan diiringi Tuan Haji Zainuddin Bin Arshad turut bersama menyertai seminar ini. Seminar ini berjaya menarik tumpuan lebih 50 pesertanya apabila penceramah jemputan iaitu Tuan Haji Zulkifli Bin Zakaria dari Mind Craft Synergy berjaya menyampaikan informasi berkaitan 3R dengan berkesan.