Pada 25 dan 26 Julai 2016, Pengurusan Tertinggi Radicare (M) Sdn Bhd yang diketuai oleh Pn. Hajah Halwah Abdul Manaf selaku Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) dan ditemani Pengarah-pengarah Kumpulan, Pengurus Besar, Pengurus Besar Subsidiari dan Pengurus Besar Kawasan (RGM) dijemput untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Radicare Kuantan seterusnya merasmikan Pejabat Region Pahang Timur dan kemudian ke Majlis Rumah Terbuka Radicare Kuala Terengganu pada hari berikutnya.

Kehadiran tetamu telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh kakitangan Radicare Kuantan. Aturcara majlis bermula dengan ucapan aluan oleh RGM Pahang Timur iaitu En Zahari Jaafar. Seterusnya Pn Hajah Halwah Abdul Manaf  memberi sumbangan kepada bekas pekerja Radicare yang telah tamat tempoh bekerja sebagai penghargaan dia atas sumbangan mereka sepanjang tempoh mereka berkhidmat di Radicare. Majlis kemudian diserikan dengan perasmian Majlis Sambutan Hari Raya dengan upacara memotong kek. Pelbagai juadah yang menarik telah disediakan untuk dinikmati diantaranya nasi beriani, sate, ketupat dan lemang. Majlis berakhir sekitar 11.00 pagi.

Seterusnya, para jemputan dibawa ke Pejabat Region untuk di rasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif. Para jemputan turut di hidangkan dengan puding di Raja dan durian.

 



  

Setelah selesai, Pihak Pengurusan tertinggi dan semua jemputan bertolak ke Kuala Terengganu. keesokkan harinya, semua para jemputan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Radicare Kuala Terengganu.  

Majlis Sambutan Hari Raya ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Hajah Halwah binti Abdul Manaf bersama RGM Terengganu iaitu En. Azman Ismail dengan acara memotong kek Hari Raya Aidilfitri Radicare (M) Sdn Bhd sebagai simbolik perasmian.


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri juga diserikan dengan pemberian sumbangan kepada 10 orang pesara Radicare (M) Sdn Bhd sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka oleh Ketua Pegawai Eksekutif. Di Majlis Hari Raya ini juga, 
di samping dapat bertemu mesra, ianya dapat mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sempena Aidilfitri bersama-sama kakitangan.


Turut hadir, semua kakitangan Radicare cawangan Kuala Terengganu , Pejabat Kawasan Terengganu serta semua kakitangan Era Daya, Uda Daya, Sanai dan juga kakitangan hospital. Tetamu kehormat ialah Pengarah Hospital Dr Nor Azimi Yunus, Timbalan-timbalan Pengarah Hospital dan Kesihatan Negeri , JOHN puan Siti Salameah Mat Puji serta semua LO. Pelbagai juadah di hidangkan dan antara menu menarik adalah kambing golek, kuew tiaw goreng panas dan menu tradisional Terengganu seperti nasi dagang, sata dan macam-macam lagi.