Medical Device Expo (MEDEX) 2018 telah diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) pada 23hb hingga 25hb Oktober 2018. 
MEDEX 2018 ini adalah anjuran Medical Device Authority yang mendapat sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Radicare bersama-sama menyokong dan menjadi rakan tajaan  MEDEX 2018  serta berpeluang membuka tapak pameran di sini.
MEDEX 2018 ini adalah bertujuan mewujudkan sebuah pusat setempat untuk penyelesaian alat-alat perubatan.

YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia telah hadir untuk merasmikan MEDEX 2018 pada tahun ini.

   
Radicare menerima cenderahati sebagai Rakan Tajaan MEDEX 2018

YB Menteri Kesihatan melawat tapak pameran Radicare