Majlis Penyerahan Zakat Korporat 2017, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2017 telah diadakan pada 11hb Disember 2017 yang bertempat di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Jakim iaitu YBhg. Tan Sri Dato' Haji Othman Bin Mustapha dan Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Haji Che Mat Che Ali telah hadir untuk menyermpurnakan Majlis Penyerahan Zakat Korporat 2017 ini.
Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al- Bakri turut hadir walaupun hanya sementara.

Bagi tahun 2017, sebanyak 17 syarikat korporat terlibat dengan penyerahan zakat perniagaan yang berjumlah RM25.6 juta dan telah diserahkan kepada Pengerusi MAIWP. Radicare (M) Sdn Bhd yang diwakili oleh 
Puan Hajah Faridah Hanum binti Abdul Ghafar selaku Pengurus Besar, Perkhidmatan Kewangan Kumpulan telah menyerahkan zakat berjumlah RM1,077,000.00 kepada PPZ-MAIWP. Antara syarikat lain yang terlibat adalah Jakel Group, Malakoff Corporation Berhad, Universiti Terbuka Malaysia, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad.