Pada 25 Januari 2022 Majlis Penyerahan Zakat Korporat 2021 telah diadakan di Hotel Dorsett, Putrajaya oleh Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang disempurnakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi meraikan pembayar-pembayar zakat.
  


Pada tarikh yang sama, Pusat Kutipan Zakat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah mengadakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Badan-badan Korporat di Hotel Grand Darulmakmur, Kuantan Pahang.

Radicare telah diwakili oleh En Mohd Zahari bin Jaafar, Pengurus Besar Negeri Pahang telah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM162,201.00 kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

Terdahulu, Radicare (M) Sdn Bhd mendahului 46 buah syarikat yang menunaikan zakat perniagaan, dengan menyerahkan zakat berjumlah RM984,122.00 yang diwakili oleh Puan Faridah Hanum Abdul Ghafar, Ketua Pegawai Kewangan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 27 Disember 2021 di satu majlis yang diadakan di Wisma PKPS, Shah Alam, Selangor.
 
          ......  
Turut hadir dalam majlis ini, YBhg. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, YBhg. Dato' Dr. Anhar Opir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, YBhg. Dato' Dr. Abdul Rahman Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Encik Saipolyazan M. Yusop.

Pada 17 Disember 2021, Radicare (M) Sdn Bhd diwakili oleh Puan Faridah Hanum Abdul Ghafar, Ketua Pegawai Kewangan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM424,006.00 kepada Tuan Haji Khairulazhar Samsudin, Penolong Pengurus Besar Dakwah Zakat, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Ibu Pejabat Radicare (M) Sdn Bhd.

Puan Nor Fitrina Bt Abdul Rohani, Eksekutif Kanan Zakat, PPZ-MAIWP dan Encik Nik Emree Nik Mustapha, Pengurus Kewangan Kumpulan, Radicare hadir sama semasa serahan zakat tersebut.
   .......