Radicare (M) Sdn Bhd yang diwakili oleh Puan Faridah Hanum Abdul Ghafar, Ketua Pegawai Kewangan telah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM666,712.00 kepada Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP yang turut disaksikan oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada majlis penyerahan tersebut. Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan ini telah diadakan di Wisma Pusat Pungutan Zakat yang bertempat di Taman Shamelin Perkasa pada 15 Disember 2020.  

Pada 9 Disember 2020, Pusat Kutipan Zakat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah mengadakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Istana Abdul Aziz, Bukit Istana, Kuantan Pahang.


Radicare telah diwakili oleh En Mohd Zahari bin Jaafar, Pengurus Besar Negeri Pahang telah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM181,546.00 kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.