Majlis Penyerahan Zakat Korporat 2018, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2018 telah diadakan di Dewan Seri Temenggung, Istana Negara pada 5hb Disember 2018. Majlis ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Timbalan Yang Dipertuan Agong.

Pada tahun 2018, Radicare (M) Sdn Bhd yang diwakili oleh En Nik Emree bin Nik Mustapha, Pengurus, Kewangan Korporat
telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,006,816.00 kepada Pusat Pungutan Zakat.



Pada 18hb Disember 2018, Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan turut diadakan di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pekan, Pahang.

Pada majlis tersebut, Radicare (M) Sdn Bhd diwakili oleh En Mohd Zahari Jaafar, Pengurus Besar Wilayah Pahang telah menyerahkan zakat berjumlah RM193,600 kepada
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang dipertua MUIP.

Turut sama semasa majlis penyerahan zakat tersebut adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Koperasi Permodalan Felda dan Agrobank