Pada 27 Mar 2018, Clinwaste telah menerima kunjungan dari Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama pegawai-pegawai dari Putrajaya, Selangor dan Sepang, bertujuan untuk melihat Loji Penunuan “Negative Pressure” Rotary Kiln 15MTD terbaru di Teluk Panglima Garang. Teknologi buatan Belgium berunsurkan “Waste to Energy” merupakan yang pertama beroperasi di Malaysia di mana udara panas dihasilkan di komponen “Heat Exchanger” disalurkan melalui sistem penyejuk dan dikitar- semula bagi penyejukkan bilik sejukbeku.

Ketua Pengarah JAS, YBhg. Dato' Dr. Ahmad Kamarulnajuib Bin Che Ibrahim amat teruja dengan penerangan dari BIC Asia Pacific Pvt Ltd, Belgium berkenaan teknologi ini dan menjadikan
Loji Penunuan Clinwaste sebagai pusat latihan dan rujukan bagi pengendalian insinerator.


      




     

  
Cenderahati disampaikan oleh Pn. Hajah Halwah Abdul Manaf, Ketua Pegawai Eksekutif dan En. Hidaya Yahaya, Ketua Pegawai Operasi.


Lanjutan dari itu, pada 15 dan 18 Mei 2018, seramai 20 pegawai dari JAS Putrajaya dan Selangor telah hadir di Clinwaste untuk sesi pembelajaran berkaitan pengendalian, operasi, penyelengaraan dan tatacara perlaksanaan “Ujian Pelepasan Udara” bersama – sama kakitangan Clinwaste dan pegawai-pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia.