Pameran dan seminar yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Center ini telah berlangsung pada 11hb hingga 13hb April 2017. Pada kali ini dengan bertemakan Clean Room Tech telah menambahkan lagi penglibatan daripada syarikat-syarikat luar seperti Australia, Czech Republic, France, Germany, India, Italy, Pakistan, Poland, PR China, Singapore, South Korea, Taiwan, Turkey, UK & US. Antara manfaat yang diperolehi daripada program ini adalah pertukaran idea dan juga pengetahuan, pengetahuan mengenai teknologi baru, pertukaran maklumat dan juga informasi, pendedahan tentang pelbagai informasi dari negara luar dan juga  berpeluang berurus niaga dengan syarikat luar. Pameran ini dikunjungi oleh pengunjung yang merupakan “Decision Maker” di dalam sesebuah syarikat. Ia mementingkan kualiti pengunjung yang ada berbanding kuantiti pegunjung yang hadir.