Links
 
Latest News
Press Release
News Clippings
Downloads
   
   
Quick links
Radifems Sdn Bhd
Radibems Sdn Bhd
Medilaund (M) Sdn Bhd
Clinwaste (M) Sdn Bhd
Radifleet Sdn Bhd
   
Latest News
 
 
Radicare rekod perolehan RM360j

Abdul Latiff Abdullah (kiri) bertukar dokumen perjanjian CP/MTN dengan Ketua Pegawai Eksekutif MIDF Amanah Investment Bank, Datuk Megat Hisham Hisham Megat Mahmud, sambil diperhatikan oleh Pengerusi MIDF Tan Sri Mahmood Taib, semalam.

KUALA LUMPUR 10 April - Radicare (M) Sdn. Bhd. (Radicare), syarikat pengurusan kemudahan integrasi telah merekodkan perolehan sebanyak RM360 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007 berbanding RM311juta pada tahun sebelumnya.



Ketua Pegawai Eksekutif Radicare, Mohammed Rafique Merican berkata, perolehan itu merupakan peningkatan sebanyak 16 peratus.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai ekoran penambahan beberapa kontrak baru dan penambahan peralatan baru.

''Bagi tahun kewangan seterusnya kami mengharapkan peningkatan antara 20 hingga 25 peratus berdasarkan pengenalan beberapa inisiatif perniagaan kami pada tahun ini.

''Antara inisiatif tersebut ialah mengembangkan perniagaan kami ke peringkat antarabangsa dengan menembusi pasaran baru seperti Asia Barat, Brunei dan Thailand,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian kemudahan RM100 juta nota komersial/nota jangka sederhana serta kemudahan RM50 juta nota jangka sederhana (CP/MTN).

Rafique berkata, Radicare adalah calon senarai pendek bagi mendapatkan kontrak kemudahan penjagaan kesihatan serta komersial di Asia Barat.

''Kami yakin akan memperoleh kontrak tersebut dan ia merupakan projek pertama kami di luar negara. Keputusan tersebut dijangka diketahui pada penghujung bulan ini,'' jelasnya.

Pada hari ini, Radicare telah menandatangani perjanjian CP/MTN dengan MIDF Amanah Investment Bank Bhd., yang bertindak sebagai penyedia kepada CP/MTN yang berjumlah RM100 juta dan RM50 juta bagi kegunaan pengembangan perniagaan Radicare.

Pengerusi Radicare, Datuk Abdul Latif Abdullah ketika berucap pula berkata, melalui kemudahan CP/MTN tersebut Radicare dapat mempercepatkan lagi pelan strategik lima tahun syarikat.

''Kami memberi fokus terhadap kemasukan ke pasaran baru dan segmen perniagaan baru, melabur dalam pembangunan sumber manusia serta cabang perniagaan utama bagi memastikan peningkatan perkhidmatan kami.

''Selain itu, kami turut akan meningkatkan perkhidmatan dalam segmen linen dan dobi dengan pembukaan kilang dobi baru di Teluk Panglima Garang dan Gebeng,'' tambahnya.

Melalui kilang yang dijangka siap pada Julai ini, Radicare dapat memproses 77 tan kain sehari berbanding 47 tan sekarang, katanya.

Radicare adalah syarikat yang menguruskan kemudahan penjagaan kesihatan bukan klinikal, termasuk menyediakan kemudahan kejuruteraan penyelenggaraan, bio-perubatan, pembuangan klinikal, linen dan dobi serta perkhidmatan pembersihan.

Taken from Utusan Malaysia 11/04/2008

 


 
   

 


| Home | About Us | Services | Media | CSR | Career | Links | Contact Us |
© 2010 RADICARE All rights reserved